Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Program Hujung Minggu (21 Oktober)

Assalamualaikum dan selamat bercuti! 

Minggu ini,ada 2 program (*yang aku tak terlepas pandanglah) yang menarik. Poster boleh lihat di bawah. 

Mana yang berkesempatan bolehlah rebut peluang utk cari ilmu di mana-mana program yang mampu dihadiri.


Image may contain: 5 people, text

Maklumat lanjut boleh rujuk link -> KLIK SINI

No automatic alt text available.

Maklumat lanjut boleh rujuk link -> KLIK SINI

p.s/ Minggu lepas (14 Oktober) aku berpeluang hadir ke Konveksyen Buku Hijrah 2017 ,nanti aku usahakan utk update cerita.. :)

18 & 19 : Kursus Pra-Perkahwinan.

Assalamualaikum dan selamat petang..

Semoga yang membaca entri aku,semuanya baik-baik belaka ya. Kalau hari ni tak berapa baik,jangan sedih lama-lama,benda dah terjadi pun,tak apalah,esok lusa lupa dah. 

Oh ya,betullah itu apa yang kau baca, KURSUS KAHWIN. Sebelum aku terlupa,baik cerita hari ini. (*Sayangnya,aku tak sempat nak tangkap gambar apa pun,kenalah ada bukti sikit. huhu)

Aku sebenarnya ikutkan dari tahun-tahun lepas (*berapa tahun entah aku tangguh ni) nak ambil kursus ini,tak kisah pun datang sorang,tanpa berteman. Sebab aku ada banyak kelapangan masa untuk datang tapi itulah tetap aku tak ambil pun. Bila dah tersedar dan aku dah ada perancangan untuk masa hadapan,ini serius,bukan main-main. Maka aku pun bertekad sungguh nak ambil kursus secepat mungkin. Tak sabar sangat,bukan apa risau nanti dah tak ada masa nak pergi.

Jadi,bila dah terniat nak datang tu,aku terus la mengoogle segala maklumat berkaitan. Ada juga baca pengalaman blogger lain tapi kejadiannya banyak yang dah lama berlaku pun. Jadi,aku cuma google sajalah pasal cara nak daftar kursus. Pergi website berkaitan,ada 2 cara untuk daftar,sama ada secara online,tapi kena download la borangnya atau datang terus ke pejabat agama daerah yang berdekatan. Jadi aku pun buat keputusan untuk datang terus ke pejabat,senang nak tanya apa-apa dan kalau boleh nak la tarikh sebelum bulan 3 ni. Gigih sangat,Ahad google semua esoknya terus serbu pejabat . Haha

Kalau aku,tempat yang dekat Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID Klang). Yang kalau nak pergi ke Bukit Tinggi ada satu simpang nak ke Jalan Tengku Kelana,tapi jangan masuk kiri. Aku nak jelaskan pun kurang reti sebab masa pertama kali datang,sesat! Tapi,alhamdulillah lepas pusing-pusing,dah nampak dah jalannya,baru aku tahu letaknya dekat situ. 

6/2 datang ke pejabat,terus ke kaunter 1 dan minta pada pegawai bertugas nak minta borang kursus kahwin. Isi la maklumat yang diminta,lepas tu dekat bawah sikit ada tarikh-tarikh kursus (*kursus selama 2 hari),biarkan kosong dulu. Lepas tu ke kaunter 1 balik,tunjuk borang tadi ,pegawai akan berikan nombor giliran. Maka,bersabarlah sekejap okay. Tak lama pun,masa datang tu,aku sorang,maksudnya datang sorang,dekat sana ada la ramai orang tunggu. 

Tak lama selepas itu,nombor aku pun tiba,pergi kaunter nom.10,bagi borang semua,lepas tu pegawai bertugas,akan tanya kita nak datang tarikh bila,jadi aku pilih tarikh 18 dengan 19 punya,nak cepat sangat punya pasal kan. Redah sajalah. Sebab 11 & 12 dah full house. Tak apalah. Jadi kalau nak daftar,baik datang seminggu awal. Lepas tu,pegawai akan beritahulah sekian-sekian dan beri salinan kedatangan. Dekat sini bayaran kursus cuma RM80.00 sahaja. Murah. Alhamdulillah.

Hari yang ditunggu pun tiba,hari pertama 18 haribulan tu,kena datang awal,sebab nak daftar kan. Kena datang dalam sebelum 7.15,lewat sikit tak apa. Aku bertolak dari rumah dalam pukul 6 lebih,awal la juga,langit masih gelap yang amat. Konon jauh la sangat tempatnya,ahaha,sekali datang dalam pukul 7.05 pagi,gelap gelita,orang pun tak ada sangat,jadi aku cepat-cepat la masuk parking motor,bahaya. Gigihnya datang awal,lepas tu ada la 2-3 orang perempuan lain datang,lega sikit ada teman. 

Tak lama selepas itu,kaunter daftar pun dibuka,lelaki perempuan diasingkan. Cari nama,lepas tu bagi ic dengan salinan ic,dekat senarai daftar,sila semak nama dengan no.ic dengan teliti,kalau yakin dan berpuas hati,tandatangan & bayar duit RM80,nanti diberi resit. Lepas tu ambillah fail. Dalam fail tu ada tentatif program sepanjang kursus berlangsung,nota cara nak daftar nikah secara online,borang penilaian kursus,buku nota,dengan buku tebal dan tak dilupa pen. Dan terus naik atas ke Dewan al-Ghazali. 

Aku kan datang sorang,memang aku pasrah sajalah,berdikari sikit. Dah biasa buat semua sorang,tak ada la rasa sunyi ke apa sangat. Boleh bawa diri. Alhamdulillah. Masa dekat atas,sementara tunggu yang lain,aku tak berani nak masuk dulu,huhu,rasa seram sejuk. Tunggu,tunggu ada seorang girl-girl tegur aku dulu,jadi aku ramahkan la diri juga,tak mahu sombong. Alhamdulillah dapat la kawan seorang,kitaorang pun masuk la cari tempat duduk sama-sama. Cari tempat duduk yang paling kedua hadapan,dekat dengan pentas. Okay,dekat PAID Klang,kedudukan kerusi macam ini, ada 3 bahagian/lorong,setiap satu meja panjang,ada 3 kerusi. Duduk dulu,sementara tunggu urusetia semua,kitaorang pun apalagi berborak sambil berkenalan. Hehe.. Comel juga bila orang ingat aku muda padahal dah 25 tahun dah. Tak lama lepas itu,tiba-tiba ada seorang lagi datang duduk sebelah,sebab masa tu aku duduk tengah,kiri dekat tingkap si F. Jadi kami pun persilakan sajalah,terima dengan hati terbuka. Ada lagi sorang kawan baru!

Lama duduk,tiba-tiba ada seorang urusetia tegur suruh pindah tempat,kitaorang yang perempuan kena duduk belakang,biar lelaki duduk kawasan depan,huhu,sedihnya,dah ramai masa tu kena berebut tempat,kalau boleh tak mahu la ke belakang sangat,jadi kitaorang,masih kekal 3 orang tadi,duduk dekat bahagian lorong tengah pula. Aku masih duduk tengah. Jadi,aku senang bila ada orang yang jenis ramah,aku usahakan mesra diri. Sementara tunggu program bermula,urusetia yang bertugas,beri la sikit peringatan pasal program yang akan berlangsung sekejap lagi. Sementara menunggu tu,berselawatlah ramai-ramai. hihi,comel betul.

Dalam pukul 8.30 lebih,barulah penceramah pertama masuk,terlambat sikit,tak apalah. Tapi tak dapat tahan,perut lapar,lupa sarapan. Haru betul perut berbunyi kuat. Yang pertama tajuk : "Peranan Akidah & Ibadah Dalam Islam) oleh Ustaz Jamali. Di awal slot,ditunjukkan satu video. Lepas dah habis tengok,ustaz tanya kitaorang semua apa yang kita dapat daripada video tadi tu. Ah,dalam kursus macam biasalah,sebab tak mahu membosankan sangat,ada la bahagian yang lawak,banyak sangat gelaknya,tapi ada la juga bahagian yang bagi aku sedih juga. huhu. Sedih sebab kena dekat diri sendiri. Sentap !

Masa kursus, makanan akan diberikan,jangan risau. Kecuali sarapan itu kena makan dari rumah la awal. Makan pagi,tengahari,petang (*untuk hari pertama ada) lepas tu hari kedua,kan separuh hari saja,jadi cuma sediakan makan pagi dengan petang. Alhamdulillah kenyang.








Ulasan Buku : Buatmu Wanita.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Disebabkan satu komen aku di satu status page puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syariei,bertubi-tubi orang mesej tanya pasal buku yang tajuknya, "Buatmu Wanita : sebagai anak,isteri...ketahui hakmu." terbitan Buku Prima . huhu,padahal boleh saja google,tapi aku fikir positif,mungkin mereka yang bertanya tak berkesempatan untuk meng-google,tak apa aku bantu. (*Ini bukan maknanya saya marah ya/rasa terganggu. Hal kecil tak ada masalah nak tolong. hihi)

Sebenarnya buku tu dah lama terbit,tahun 2009,aku pun baru baca beberapa hari lepas,di Perbadanan Perpustakaan Awam Sg Udang Klang. Buku yang tebal 336 halaman. Buku yang diawal halaman,bagi aku cukup mesra untuk dibaca,bagai berdepan antara beliau dengan aku sendiri. Kalau berpeluang lagi,aku akan jadikan buku ini antara prioriti buku yang WAJIB dipinjam di perpustakaan nanti. Dah banyak kali 'bertemu jodoh' dengan buku itu,tapi macam biasa,ditolak ke tepi dahulu.

Diselitkan juga sedikit pengalaman penulis tentang kehidupan beliau di masa lalu dan kisah-kisah orang lain.

Aku kira tak salah rasanya untuk mereka yang belum berkahwin (*merujuk kepada diri sendiri) untuk baca buku seumpama ini. Sekurangnya kita tahu apa hak-hak kita sebagai perempuan dan jangan disebabkan kita ditindas oleh sang arjuna,kita merasakan kita tak layak mendapat keadilan. Kita wanita,bukan insan yang lemah!

Image may contain: text
Kredit gambar : Google Books.


#UlasanBuku #Ringkas #Belumhabislagisebenarnya #Nantibacalagi  #Nantieditbalik #InsyaaAllah

Pengalaman : Tayar Motor ... (?)

Assalamualaikum dan selamat petang semua..!

Sekarang waktu petang dah hujan lebat,tak macam tahun lepas,bulan pertama panas terik. Tapi,alhamdulillah lah kan. Ya la waktu panas terik,mengeluh. Dah turun hujan pun mengeluh lagi. Apa punya orang. Apa-apa pun,untuk mereka yang tinggal di negeri-negeri yang dilanda banjir,semoga engkorang bersabarlah dengan ujian Allah ya. Aku nak cakap banyak suruh bersabar pun,bukan aku yang merasa. Jadi,tak boleh kata lebih. huhu

Okay,entri kali ini,biarlah aku berkongsi pengalaman/peristiwa yang baru saja berlaku,beberapa jam yang lepas kejadiannya. Dalam pukul 3 petang lebih. Lokasi, aku dalam perjalanan nak pulang ke Kapar,daripada Kuala Selangor,masa tu cuaca mendung dan baru lepas hujan ,gerimis. Jadi,aku malas nak tunggu sampai hujan berhenti,risau lagi lama tunggu lagi la nanti hujan lebat pula turun. Susah juga. Bukan dekat Kuala Selangor - Kapar okay. Dari awal pagi,aku macam tergerak tak pergi,nak pergi ke tidak. Tapi dah pergi pun,redah sajalah.

Jadi,masa dari KS aku nak balik Kapar,semua berjalan lancar. Cumanya,ada la satu insiden yang menyayat hati,konon,hahaha. Ala,biasalah bila hujan turun,jalan raya basah dan air mulalah bertakung sana sini. Dan, orang yang bawa motor,haruslah ke tepi jalan,pandai-pandailah nak tengok kiri-kanan-belakang. Mana la tahu kan, ada kereta ikut kita dari belakang,tak mahu potong,tetap nak menghimpit juga. Adui..Dah la air bertakung,jadi kita pun tak nampaklah kot ada lubang ke apa kan,parah juga nanti. So,ada kereta bawa laju main potong-potong,lepas itu tersimbahlah air itu dekat aku yang bawa motor dengan berhati-hati. Nasib baik dah tutup visor helmet. Kalau tersimbah dekat muka,rasa macam 'dihinakan' pula. Hahaha.. Dah siap pakai baju hujan,memang tak apalah,langgar la lopak air puas-puas. Malas nak layan. Memang dah tahu itulah risiko kalau bawa motor.

Okay,sambung balik,selepas isi minyak,masa itu dekat Jeram,aku bawa macam biasa. Tak ada la fikir yang bukan-bukan,aku cuma berharap hujan tak turun dengan lebatnya la,kalau tak aku kena tunggu dulu sampai hujan reda. Aku sanggup tunggu dekat mana-mana masjid ke surau yang terdekat,sampai hujan reda. Jadi bawa motor,tak ada laju sangat,macam biasa,sederhana kelajuan aku,jalan pun licin,tak mahu aku...... cuma sepanjang hari pergi sampai lah balik,aku banyak terlanggar lubang,banyak jalan rosak,kadang aku nak elak,tapi kereta pula dekat belakang menghimpit,adui..dilema betul masa itu,terpaksa la terlanggar,kadang aku tak perasan pula ada lubang. huhu. Jalan dekat situ pergi Jeram ke balik ke Kapar ke memang teruk sangat..! Berlubang gila la,bertampal-tampal pun isu juga. aduh.. Siang tak apalah,boleh nampak dan elak,bayangkan bila malam menjelma?

Haa... dari Jeram,tak ada apa-apa yang dahsyat berlaku kan,aku pun mula la pecut sikit. Sampai dekat kilang tilam Goodnite,dekat Batu 15,Jalan Kapar,tahu tak dekat mana? Tak tahu? Boleh google. huu.. Depan kilang tu kan ada stesen bas kan? Aku sebelum sampai situ,aku rasa macam ada terlanggar benda,rasa macam badan bawah motor (*tak pasti panggil apa) terlanggar benda,aku rasa macam itu. Aku dah mula risau,tak mahulah jadi apa-apa,rumah jauh lagi tu. Lepas itu aku perlahankan sikit motor,tapi rasa macam ada benda tersekat dekat tayar belakang. Tak kan la ada hantu tarik-tarik. LOL Tapi sebenarnya masa itulah,tayar belakang sebenarnya bocor/pancit. Kuat la bunyi dia. Berhentilah ke tepi sekejap,depan stesen bas,aku bersihkan cermin mata sambil tu pura-pura la aku check tayar depan dengan belakang. Nampak okay ja,tak ada masalah. Masa itu,hati aku dah gundah gulana dah ,risau jadi macam apa yang aku fikirkan.

Lepas dah yakin dan pasti,aku pun hidupkan enjin balik. Aku pun bawa motor perlahan-lahan,lepas tu rasa macam yang belakang,tak tentu arah/macam tersekat-sekat. Kalau bawa straight pun,rasa terhuyung hayang. Aku cuba jalan depan sikit,rasa macam motor dah tak seimbang,bahagian belakang. Jadi,depan sikit ada simpang masuk jalan/lorong,entah rumah siapa,aku pun masuk la ke situ,tengok apa yang tak kena dekat motor aku. Yang ada rumah kosong kat depan sekali,seram sejuk pula aku,sebelah lorong tu pula ada kilang,tak tahu la apa namanya,tapi kilang warna Merah.

Jadi,aku pun dah berhenti dan bawa bertenang,aku check la dari tayar depan,elok. Pusing tengok tayar belakang,aku nampak dah kempis sudah..! Terkejut dengan mata terbeliak,aku terperanjat dan rasa tak percaya sebab tadi boleh pula aku tak perasan . Dugaan apakah ini?! Perasaan macam-macam ada. Dengan aku tak ada pengalaman,dah la aku sorang-sorang dekat situ. Fuh,itupun aku rasa syukur sebab telefon aku bawa,selalu malas bawa. Okay,lepas ini,taubat dah,pergi mana ,pastikan bawa phone. Uhuhu.. Dekat berapa minit jugalah aku kebingungan di situ. Maklumlah,tak tahu nak buat apa,nak google pun,aku punya telefon malangnya tak ada kredit. Dengan kedai runcit pun tak ada. Oh ya,dekat situ ada abang-abang technician TNB tengah buat kerja,(*kan ada kilang warna merah tu kan? sebelah dia ada stesen janakuasa TNB)aku nak tegur,tapi malu pula,jadi aku duduk la situ diam-diam sambil layan panggilan dari kakak aku. Aku terpaksa minta SOS topup dekat abah aku la nak tak nak.

Aku tolak motor ke kilang merah (*tak tahu la itu kilang apa sebenarnya), Seksa betul. Sebab kawasan situ selamat sikit. Masa kakak aku telefon,aku terus bagitahu la apa masalah aku sampai tersadai dekat Batu 15,aku tanya abang aku ada dekat rumah ke tidak,mana la tahu dia boleh tolong kan. Tapi susah juga,sebab jauh la juga dekat Batu 7/8 dengan Batu 15. Aku pun tak pasti tayar tu pancit ke bocor ke pecah,tapi nampak macam bocor. Jadi,abang aku suruh tolak sendiri,cari mana-mana kedai bengkel yang ada. Sedih betul aku dengar respon dia. hahaha Aku disoal-siasat tu tension juga,dan rimas tapi ya la kalau tak diaorang tolong,siapa lagi nak tolong kita? huhu. Nampaknya,terpaksalah aku tolak motor itu. Masa menolak tu,aku memang rasa nak menangis pun ada juga. Sedih + malu,tapi mujurlah aku pakai mask utk rider,hahaha..jadi tak ada la nampak muka pun. Kui kui kui.

Mulalah perjalanan menolak motor ke bengkel terdekat,tapi aku kurang pasti pula mana kedai yang ada. Aku pun pasrah sajalah. Tolak motor dekat tepi jalan tu bahaya,sebab dah ada selekoh sikit depan tu,kereta nak belok selekoh,kan rapat sikit ke tepi,tengok la orang tu kalau reti nak bawa,memang aku berhenti-henti sajalah untuk pastikan aku tak menganggu kereta nak lalu lalang,dengan ada air bertakung lagi,redah aja la. Berhenti pun sebab penat juga tolak,hahaha. Ambil nafas dulu.

Masa menolak tu,adalah dalam 5-6 orang asing,kurang pastilah dari Bangladesh ke apa,hidung mancung macam Shah Rukh Khan sikit,nak melintas jalan dari seberang,asyik pandang-pandang aku. Kesian agaknya tengok seorang perempuan menolak motor itu. Aku pun berharap ada la yang sudi tolakkan motor aku tu,aku dah tak larat,sebenarnya larat,cuma emosi tengah sedih,itu yang rasa nak putus asa semacam,mengada-ngada sungguh! Jadi tolak la sambil kejap-kejap berhenti. Orang asing semua asyik pandang-pandang,buat aku lagi sedih,dah kenapa. Agaknya kesian sangat tengok aku,kemudian tak lama lepas itu (*agaknya dah bulat tekad nak tolong,tolonglah..hihi),ada la 2 orang daripada mereka sudi tawarkan bantuan untuk tolak motorku itu. Aku dah rasa syukur sangat,jimat tenaga aku dah. Aku biarkan diaorang tolak ke depan,aku ikut belakang,lepas tu aku perasan,ada la beberapa orang yang bawa motor,pandang juga,tapi diaorang terpaksa teruskan juga perjalanan diaorang,aku tak rasa hampa sangat pun,faham,mungkin diaorang pun ada kecemasan ke apa kan,itu yang tak dapat berhenti walaupun sekejap.

Tak sampai berapa langkah motor ditolak lelaki asing,ada sorang mamat India dari laluan nak ke Kapar,sehala dengan aku kiranya,aku panggil dia 'Adik' la senang ya..sebab nampak macam lagi muda dari aku. Aku perasan dia,lepas tu dia siap buat isyarat 'Apa dah jadi?' . Oh ya,masa itu dia bawa motor laju gila,hahaha.. motor EX5 agaknya. Aku nak respons pun dia dah lesap hilang dari pandangan. hehe.. Tak lama lepas tu,aku nampak dia patah balik. Wah..! Apakah?! Dia balik kepada aku dan tanya la kenapa dengan motor aku itu. Aku pun terus la bagitahu,tak tahu la tayar pancit ke bocor,aku sampai sekarang tak pasti bocor ke pancit,nanti aku google la ya..hahaha.. Maafkanlah saya yang tak tahu sangat pasal situasi yang berlaku pada motor sendiri. Ahaa..lepas ini,bolehlah buat kajian.

Terkilan pula,masa adik tu kata nak tolong hantar ke bengkel,motor dah bertukar tangan ,aku lupa nak ucapkan terima kasih dekat abang-abang Bangladesh itu. huhu . Kelam-kabut juga masa itu. Hurm,tak apalah,moga Allah permudahkan urusan kalian.

Adik itu pun tolong aku,katanya dia nak bawa aku ke bengkel,tapi tak tahu la dekat ke jauh ke,aku kawasan situ memang tak tahu sangat. So,aku bawa motor (*tapi enjin matikan dulu la,hahaha,aku mana tahu) lepas tu dia letak kaki dekat tempat pijak,dan mulalah perjalanan kami yang aku rasakan macam 7 hari 8 malam itu. Aku risau juga,sebab bila dah 2 motor maacm itu,memang tak tentu arah la keadaannya,macam orang mabuk bawa motor. Tak stabil. Lepas tu separuh dari jalan,dia tanya aku lagi kenapa dengan motor aku,dei...........! hahaha.. Aku layankan ajalah. Orang nak tolong kita,kenalah bagi kerjasama. Dan,masa itu jugalah,masa motor dekat tengah jalan,kan ada 2 lane,kitaorang dekat kiri,dia boleh berhenti pula nak berbincang dengan aku! Siap kena hon dengan kereta. Bahaya tahu tak?! Aku dah cuak masa itu.

Bincang apa? Tak ada,rasa macam situasi masa itu tak berapa stabil/banyak buang masa,jadi dia tawarkan nak bawa skuter aku,jadi biarlah aku bawa motor ex5 dia itu. Aku sebenarnya masa itu rasa teragak-agak juga sebenarnya,risau yang bukan-bukan,dan aku motor bergear ni tak berapa mahir sangat,wakakak... selalu sangat guna motor automatik,dah la jarang bawa motor bergear. Fuh....lagi satu hal,aku cakap hal lain,dia fikir lain. Aku faham,dia nak suruh kitaorang tukar motor,supaya senang, Logik juga (*aku fikir sendiri). Tapi dia tak sudah-sudah 'marah' aku,balik-balik ulang ayat yang sama,

"Tak kak,akak bawa motor saya,saya bawa motor akak...."

Aku memang dah faham. Memang sokong pun cadangan dia,masalahnya dia berhenti tengah jalan weh,nak tukar dekat situ juga ke bro? hahaha.. Adui..aku pun cakap la baik-baik,

"Okay,tapi u berhenti/parking la tepi dulu baru kita tukar."

Lebih kurang macam itulah ayat,aku tak mahu kena sodok dari belakang! Tengah jalan juga dia nak tukar,serius?! Lawak pun ada. Minta maaflah kepada yang bawa kereta,terpaksa mengelak dan hon berkali-kali. uhuhu.. Dia terus lah ke tepi,aku naik motor dia,dengan berhati-hati,huhu..aku ada masalah sikit dengan gear. hehe.. bahaya betul. Aku nak balik rumah ni... Bila bayangkan dari kawasan aku sedar tayar dah bocor sampai ke bengkel dekat Sungai Serdang tu baru aku tahu betapa jauhnya jalan kalau tak ada orang yang tolong aku tadi.

Dekat situ,mulalah kitaorang bawa motor dengan perlahannya,macam makan angin pun ada juga,cari bengkel tak jumpa kiri-kanan. Aku siap intai-intai la dia,sebab dia yang tahu jalan ke bengkel,aku mana tahu tapi aku yang bawa depan,hahaha..biarlah. Sampailah dekat Sungai Serdang,dia tiba-tiba belok ke kanan,bukan nak bagitahu dulu,aku dah ke depan sikit,terpaksa pusing ,sempat la kejar dia,rupanya dekat situ ada bengkel motor,tapi tapi tapi...dah nak tutup dah masa tu,tapi disebabkan jumpa kawan sebangsa,motor aku dapat juga dibaiki. Banyaknya tapi kau. Jadi dia hantar aku sampai situ,lepas ceritakan sikit dekat pomen itu pasal masalah motor aku,sekejap lepas tu,dia pun balik,aku tentulah tak lupa nak ucapkan TERIMA KASIH. Lupa nak tanya nama,minta welfie sama-sama ke.

Aku pun tunggu la tak lama pun motor kena buat apa entah,pomen ada la terangkan sikit,sebab tayar aku jenis tubeless,jadi aku pun tak ingat dah apa yang dia cakap,tak dapat fokus pun masa tu,haahaha. Risau kena bayar banyak,aku duit masa itupun ada RM50 lebih ja,nak cucuk duit dekat mana pula? Kos semua RM15,normal agaknya harga. Jadi,aku pun balik la ke Kapar. Risau pula,tiba-tiba terlanggar lubang lagi,jalan dalam dekat simpang Tok Muda pun banyak juga lubang,teruk ! Untuk elakkan risiko,maka terpaksalah aku berhati-hati,bawa motor perlahan-lahan. Engkorang kalau nampak motor bawa perlahan sangat,jangan fikir dia tengah ambil angin pula,kalau dapat potong,potonglah dengan selamat,jangan himpit macam apa dah. Mungkin motor tu rosak ke apa,itu yang bawa perlahan,kalau laju,dah merempit sampai ke Kuala Lumpur. Fikir kemungkinan yang ada,okay?

Okay,sudah sampai sini aku nak membebel. Sekian terima kasih sudi baca sampai habis,sebarang komen waima yang negatif pun aku terima. Walaupun aku tak mengharapkan kejadian ini berlaku,tapi aku anggap ini satu pengalaman berharga,rasa nak menangis,tapi syukur juga sekurangnya aku dah merasa,untuk akan datang,aku dah tahu kena buat apa,dan tak perlu la kebingungan sampai pening kepala. Terima kasih juga ya Allah,datangkan orang yang baik-baik untuk tolong aku di saat aku kesusahan.

p.s/ balik rumah ada laksa,terus hilang dah rasa sedih aku.

Cara Tukar No.Tac (CIMB)

Assalamualaikum dan selamat pagi..!

Kredit
Dulu-dulu,aku daftar CIMBCLICKS guna nombor lama,jadi bila nombor itu pun dah tamat tempoh dan malaslah nak renew. Baik beli nombor baru,jadi urusan pembelian secara atas talian agak sukar sebab no.tac dihantar ke nombor lama. Walaupun aku agak jarang juga sebenarnya beli barang atas talian,tapi bila dah tak dapat jumpa barang yang aku nak di kedai fizikal,maka terpaksalah aku beli atas talian. Itu pun aku dah habis fikir nak beli ke tidak,sebab ada kos pos sekali dah RM7.00. Aku ni kadang-kadang berkira yang amat. Huhu. Sebab dah bertekad nak beli,jadi aku pun setuju lah untuk beli. Jadi,perkara pertama yang perlu dibuat adalah tukar no.telefon/update nombor sekarang untuk dapatkan no.tac.

Jadi aku googlelah,cara-caranya,dulu aku pernah cuba cara terus ke CIMBCLICKS,tukar dekat situ,tapi tetap tak boleh. Kena lah juga ke mesin atm setelah kian lama aku tangguhkan,hahaha. Haru juga kalau terpaksa guna (*guna duit dia,lepas tu kita bayar la balik) akaun orang lain untuk buat bayaran.

Cara nak tukar no.tac CIMB :-

Mula-mula,

Mesin atm > masukkan kad > tekan pada bahagian 'LAIN-LAIN' > kemudian tengok bahagian kiri bawah sekali ada 'CIMB CLICKS' > Tekan yang itu,kemudian masukkan nombor telefon baru.
Bila dah selesai,dia akan beri resit ,maknanya urusan kita dah selesai. Tapi belum habis lagi.

Kemudian login di CIMB CLICKS,pergi di bahagian 'Settings' ,klik pada 'MyData'. Boleh lah edit bahagian nombor telefon tu dan klik REQUEST ,tunggu no.tac dihantar ke nombor yang kita baru daftar itu. Masukkan no.tac yang kita dapat tu dalam kotak,Lepas itu tekanlah 'Submit' dan insyaaAllah,selesai dah.

Bolehlah sambung shopping atas talian.

Sekian.

Petikan Buku : Mauizhah (Catatan Bimbingan Dari Seorang Guru)

(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )


"Tidak mungkin seseorang mengatakan dirinya mengenali Allah jika tiada perasaan takut dan gerun kepada-Nya."

"Apabila seseorang dikehendaki Allah untuk menjadi orang yang baik,bukan sahaja mereka diberi kefahaman yg mendalam tentang ilmu agama,juga dilhamkan untuk memudahkan mereka mencari jalan yang betul."

"Umur adalah anugerah Allah kepada manusia,usia yang panjang tidak memberi erti sekiranya dalam usia yang bertambah tetapi tidak bertambah ilmu pengetahuannya."

"Bila ilmu dipelajari daripada seseorang tetapi ia tidak mendekatkan dirinya dengan Allah,hakikatnya ia tidak dinamakan ilmu yang sebenar-benarnya."

"Kerana menuntut ilmu itu selain menambah ilmu pengetahuan,menuntut ilmu juga bererti ibadah kepada Allah,ibadah dalam bentuk jihad menghindari kejahilan dengan menguasai ilmu."

"Ahli ibadah yang tidak berpandukan ilmu pengetahuan,besar kemungkinan ibadahnya sekadar ikut-ikutan."

"Meskipun seseorang itu tidak rajin belajar,tetapi jika mereka memiliki hemah yang tinggi,mereka boleh berusaha untuk menjadikan dirinya alim bagi menghindari kejahilan yang menyelimuti dirinya."

"Tiada bezanya antara manusia dan haiwan jika tidak menguasai ilmu (wahyu),kerana hanya ilmu wahyu yang boleh memimpin akal dan fikiran,bagi mendekatkan jiwa manusia dengan Allah."

"Tuntut ilmu dengan apa cara sekalipun,sama ada dengan cara menghadap tok guru,membaca kitab atau buku. Yang penting ikhtiar untuk mendapatkan ilmu mesti dilakukan."

"Ibadah mesti berasaskan ilmu. Ibadah tanpa ilmu tiada nilai di sisi Allah."

"Yang melalaikan manusia daripada menyedari kematian rohaninya,di antaranya ialah terlalu kasih dan terlalu asyik bekerja keras untuk mencapai kelazatan duniawi."

"Setelah alim ulama dimatikan oleh Allah maka tiada lagi guru yang akan mengajar ilmu berkaitan dengan Allah. Tuntutlah selama ilmu masih wujud di dunia ini."

"Walau hanya satu ilmu jika tidak disampaikan kepada orang lain sudah dikira menyorokkan ilmu."

"Manusia yang keras hati dan tidak takut kepada ancaman Tuhan,diturunkan percikan api neraka dari langit sekalipun,mereka akan berdalih dan mengatakan bahawa itu hanyalah tahi bintang."

"Kewajiban bagi manusia berilmu ialah kemestian mengajar atau menyebarkan ilmu itu kepada orang lain."

"Menuntut ilmu selain daripada ilmu Islam belum pasti dapat melahirkan rasa gerun di hati manusia."

"Menuntut ilmu adalah suatu usaha untuk menghapus kejahilan daripada diri seseorang."

"Mengajar ilmu kepada orang yang tidak mengerti itu satu sedekah."

"Tidak salah mengaku sebagai rakyat kepada sesebuah negara,tetapi ia mestilah didahului dengan ikrar perhambaan kepada Allah."

"Ilmu dan amal tidak boleh dipisah,jika ilmu tidak diamal,maka ilmu menjadi sia-sia."

"Orang yang imannya nipis mungkin hanya malu sesama manusia,tetapi bagi orang yang tebal imannya,mereka bukan saja malu sesama manusia,yang paling utama malu kepada Allah dan takut kepada azab-Nya."

"Manusia mesti beriktiqad hanya bertuhan kepada Allah kerana Dia Maha Esa. Dengan keEsaan itu,manusia tidak akan tersalah pilih kerana tiada Tuhan selain Dia."=

"Rezeki yang dijanjikan Allah tetap ada selagi masih hidup."

"Riak ialah melakukan sesuatu ibadah bukan untuk mencari keredaan Allah,sebaliknya untuk mencari sanjungan atau kemahsyuran."

"Jika seseorang itu tiada keluh kesah meskipun sedar syirik khafi berlaku dihatinya,menunjukkan hati orang itu telah mati."

"Hati yang mati tidak dapat dilembutkan walaupun dengan berita syurga dan neraka."

"Semua perkara yang dikehendaki Allah itulah yang terjadi. Tiada siapa yang boleh mengkritik keputusan Tuhan,segala tindakan-Nya muktamad,kerana Dialah Tuhan yang mempunyai Kuasa Maha Mutlak."

"Tidak akan ghaib pada pandangan Tuhan benda yang sekalipun terlalu halus dan amat seni,tiada makhluk yang mampu berselindung daripada pandangan Allah."

"Selagi tok guru (ulama) masih mengajar dalam masyarakat,maka mengajilah,kerana ulama ialah pewaris para Nabi."

"Apabila Allah mengangkat ilmu dengan matinya ulama,maka selepas itu besar kemungkinan tiada ganti nya atau ganti yang tidak sebanding dengannya."

"Perkataan yang keluar daripada lidah yang lembut,kadangkala boleh mencederakan hati orang lain. Hati yang terluka disebabkan lidah manusia,sukar untuk sembuh."

"Orang yg berkeyakinan terhadap Allah,pasti berkubukan dengan solat,mustahil orang yang yakin kepada Allah tidak menunaikan solat."

"Jika manusia meninggalkan kubu solat,nescaya akan terjerat dalam perangkap syaitan,sama ada syaitan jenis manusia,syaitan harta,syaitan pangkat dan lain-lain jenis syaitan."

"Kemiskinan sememangnya menyusahkan seseorang. Tetapi,kekayaan juga boleh menjadi ujian yang berat kepada manusia."

"Berdoalah dalam bahasa sendiri selagi yang dipinta ialah perkara baik yang terbit dari hati."

"Tangan yang nenadah semasa berdoa tidak kembali dengan tangan kosong,kerana Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang."

"Jika tidak dimakbul dalam masa terdekat mungkin Tuhan menggantikannya dengan yang lebih baik."

"Orang yang mendirikan solat ialah orang sedang berbisik dengan Allah. Usahalah bersungguh-sungguh untuk membuang segala perkara yang langsung tiada kaitan dengan solat dan Allah."

"Amalan baik dan buruk meskipun sebesar debu melayang,pasti akan dilihat oleh Allah."

"Mereka yang berharap menjadikan solatnya sebagai bekalan untuk akhirat,sepatutnya dia harus menyemak semula dengan cermat keadaan solatnya."

"Jika dalam solat dia tidak mengingati Tuhan,apakah jaminannya di luar solat yang dia akan dapat ingat kepada-Nya."

"Ketika seseorang sedang bermunajat,dia hendaklah berkeyakinan bahawa ketika inilah dia harus mengingati Allah."

"Semahal mana nilai harta dunia yang terlepas daripada genggaman masih boleh dicari ganti."

"Memang berat untuk membuang segala perkara yang boleh menganggu solat,tetapi lebih berat lagi jika solat yang akan dijadikan cagaran di akhirat tidak diterima oleh Allah."

"Orang Mukmin mesti berasa yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan ketaatan kepada Allah,tanpa mendapat pertolongan dari-Nya."

"Allah akan memberi pertolongan mengikut pengetahun-Nya,sejauh mana manusia itu memerlukan pertolongan-Nya."

"Jika hati seseorang tidak sehaluan dengan kemahuan-Nya,maka tiadalah pertolongan Tuhan untuknya."

"Ilmu Allah tidak mungkin bersekali dengan hati yang kotor."

"Betapa hodohnya orang bermunajat kepada Allah,sedangkan hatinya merayau ke arah lain."

"Tiada ilmu yang boleh mengajar jiwa supaya bersih selain ilmu berkaitan dengan al-Quran dan hadis."

"Dengan kerapnya melakukan sujud setiap waktu,semoga akan lenyaplah keinginan melakukan kemungkaran terhadap Allah."

"Bacalah doa dengan penuh rayuan dan nada mengemis belas ihsan Allah,terbit daripada hati yang bersih."

"Bagaimana hendak lari dari sifat balkhil jika tidak membiasakan diri menderma dan bersedekah."

"Penyakit bakhil akan lenyap sekiranya sentiasa rajin menderma,kerana sayang akan sesuatu benda itu tidak akan berakhir kecuali paksa hati berenggang dengan harta di tangan."

Petikan Buku : How to Stop Worrying and Start Living (Edisi Bahasa Melayu)


(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )


"Tanggungjawab utama kita bukanlah mencari apa yang samar dari kejauhan,tetapi melaksanakan apa yang ada di tangan kita." 
(Sir William Osle)

"Lupakan kisah silam. Biarkan masa silam berlalu pergi daripada kehidupan kita.Terperangkap dalam kenangan silam membawa kita ke lembah kebinasaan."

"Bebanan semalam,apabila ditambah dengan bebanan esok,akan membuatkan kita terketar-ketar mahu memikul beban itu pada hari ini."

"Masa hadapan kita bermula pada hari ini. Tidak ada hari esok untuk kita."

"Bersyukur atas apa yang dikurniakan pada hari ini dan bukannya merungut tentang apa yang kita terima semalam ataupun merungut tentang apa yang belum kita terima."

"Jangan fikirkan tentang hari esok. Hari esok mempunyai kesusahan yang tersendiri. Cukuplah hari ini sahaja kita berasa susah."

"Ketenangan fikiran yang sebenar datang daripada penerimaan perkara yang terburuk."

"Lakukanlah yang terbaik selagi mampu."

"Sesiapa yang tidak tahu mengatasi masalah kebimbangan,akan mati pada usia muda." (Dr.Alexis Carrel)

"Ada masanya kita perlu segera membuat keputusan dan terus bertindak tanpa perlu menoleh ke belakang lagi."

"Kita tidak boleh berasa bersemangat melakukan sesuatu yang menyeronokkan,tetapi pada masa yang sama kita diruntun perasaan bimbang."

"Tanpa matlamat,hidup kita pasti berakhir dan hancur binasa."

"Kesengsaraan terjadi kerana wujudnya masa lapang yang membolehkan kita berfikir sama ada kita gembira ataupun tidak."

"Sekiranya kita inginkan ketenangan fikiran, usahlah bimbang tentang hal-hal yang tidak penting."

"Hidup ini terlalu singkat bagi memikirkan masalah kecil."

"Kita sering membenarkan diri kita diganggu oleh perkara-perkara kecil yang sepatutnya kita abaikan dan lupakan."

"Kita hanya mempunyai beberapa tahun sahaja lagi untuk hidup di dunia ini. Sedangkan kita sudah kehilangan banyak masa kerana banyak memikirkan rungutan yang remeh-temeh."

"Jangan biarkan diri kita dikecewakan oleh perkara-perkara kecil yang dapat diabaikan."

"Hampir semua kebimbangan dan ketidakbahagian kita disebabkan oleh imaginasi kita sendiri,dan bukannya realiti."

"Apabila sudah ditakdirkan begitu,begitulah jadinya."

"Bersedia menerima apa yang terjadi adalah langkah pertama bagi mengatasi sesuatu yang timbul disebabkan oleh satu musibah."

"Teruskan kehidupan,tidak kira apa pun yang terjadi. Sembunyikan perasaan sedih di sebalik senyuman dan teruskan kehidupan."

"Teach me neither to cry for the moon nor over split milk"

"Sama ada kita bahagia atau tidak,bukan situasi yang menentukan perasaan itu. Sebaliknya,yang menentukan perasaan itu adalah bagaimana cara kita bertindak kepada situasi yang menentukan perasaan kita."

"Kita sebenarnya lebih kuat daripada apa yang kita sangkakan."

"Sekiranya kita terus mencemuh dan menentang takdir,ia memeritkan lagi keadaan. Kita tidak dapat mengubah lagi melainkan kita mengubah diri kita."

"Selagi kita mempunyai peluang menyelamatkan keadaan,teruskan berjuang!"

"Saya langsung tidak berasa bimbang walaupun mengalami kerugian kerana saya tidak nampak sebarang faedah sekiranya berasa bimbang."


"Saya sudah lakukan kerja saya sebaik mungkin,dan selebihnya saya berserah kepada Tuhan." (J.C Penney)

"Apabila saya sudah tidak dapat mengawal situasi. Saya biarkan sahaja ia selesai dengan sendiri." (Henry Ford)

"Saya tidak bimbangkan masa hadapan kerana saya tahu tiada seorang pun manusia yang dapat memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang."

"Hanya terdapat satu cara bagi mencapai kebahagiaan,iaitu dengan cara menghentikan perasaan bimbang tentang hal-hal yang berada di luar bidang kuasa kita."

"Kita boleh menjadi tidak siuman sekiranya terus berdegil tidak mahu belajar menerima hakikat,dan melarikan diri ke alam fantasi ciptaan kita sendiri."

"Usahlah terasa beban dengan apa yang perlu ditanggung."

"Sekuat mana sekalipun kekuatan yang kita miliki,kita tetap tidak berupaya mengembalikan perkara yg sudah lepas."

"Minda itulah tempatnya,di mana syurga dapat menjadi neraka dan neraka dapat menjadi syurga."

"Seseorang itu menderita bukannya disebabkan oleh apa yang berlaku,tetapi menderita kerana pemikiran mereka tentang apa yang berlaku."

"Setiap kali kita membenci musuh-musuh kita,kita sebenarnya memberikan mereka kekuatan menguasai diri kita."

"Sekiranya kita tidak berupaya mengasihi musuh-musuh kita,sekurang-kurangnya kita perlu mengasihi diri kits sendiri."

"Jangan membakar musuh kita dengan api yang terlalu kuat sehingga diri sendiri hangus terbakar kerana dia."

"Jangan membazirkan masa walau seminit pun memikirkan orang yang kita tidak suka."

"Jika boleh,usahlah berdendam dengan sesiapa pun."

"Tiada siapa yang boleh memalukan atau menganggu kita,melainkan kita sendiri yang membenarkan ia berlaku."

"Kayu dan batu dapat mematahkan tulang saya,tetapi kata-kata tidak akan dapat melukakan saya."

"Satu cara yang pasti dapat memaafkan dan melupakan kesalahan musuh-musuh kita adalah dengan memikirkan hal yang lebih penting."

"Jangan sekali-kali cuba membalas dendam kepada musuh-musuh kita. Sekiranya kita buat begitu,penderitaan yang kita alami pasti jauh lebih dahsyat daripada mereka."

"Supaya kita tidak berasa terkilan,usahlah terlalu mengharapkan penghargaan daripada orang lain. Cuba ikhlaskan diri."

"Sekiranya kita mahu mencari kebahagiaan,lupakan tentang isu tidak mengenang budi dan berterima kasih. Cuba ikhlaskan hati ketika memberi."

"Kita jarang memikirkan apa yang kita miliki,sebaliknya kita sering memikirkan tentang kekurangan kita sahaja."

"Hitunglah nikmat yang kita perolehi,bukannya masalah yang kita hadapi."

"Sesiapa yang ingin menjadi seperti seseorang ataupun sesuatu yang lain selain daripada orang yang berada dalam tubuh dan fikiran mereka,pasti sengsara."

"Usahlah kita membuang masa dengan berasa bimbang walaupun sesaat semata-mata kerana diri kita tidak sama seperti orang lain. Diri kita adalah sesuatu yang baru di dunia ini."

"Jangan cuba menjadi orang lain. Tetapi,cari dan jadilah diri sendiri."

"Melakukan hal yang terbaik adalah yang paling sukar."

"Kekurangan kita dapat membantu kita tanpa diduga."

"Janganlah berniat jahat kepada sesiapa,tetapi berbuat baiklah kepada semua."

"Kita perlu terus mencuba walaupun kita berasa sudah tiada harapan lagi. Kita tidak akan rugi atau kehilangan apa-apa sekiranya terus mencuba."

"Sesiapa yang benar-benar taat beragama,pasti bebas daripada gangguan emosi."

"Kepercayaan kepada agama adalah 1 daripada tonggak kekuatan hidup manusia,tanpanya hidup manusia pasti binasa."

"Apabila berdoa,kita sebenarnya berkongsi masalah. Ini boleh menngurangkan bebanan kerana kita tidak menanggung masalah bersendirian."

"Sekiranya malu ingin mengadu masalah dengan orang lain,kita sentiasa boleh mengadu kepada Tuhan."

"Apabila kita dikritik,ini bermakna kita sudah mencapai sesuatu hingga menjadi perhatian ramai."

"Mereka yang keji sifatnya berasa gembira apabila melihat kesalahan dan kebodohan orang hebat."

"Kritikan yang tidak berasas selalunya adalah pujian yang terselindung."


"Walaupun kita ditipu,dicemuh,dikhianati,ditikam dari belakang dan diperdaya hidup-hidup oleh rakan baik kita,usahlah berasa sedih."

"Walaupun saya tidak mampu menghalang orang lain mengkritik saya secara tidak adil,saya masih bolehmelakukan sesuatu yang lebih penting daripada itu. Saya boleh menentukan sama ada kutukan dan kritikan yang diterima mampu menganggu saya atau tidak."

"Lakukanlah apa sahaja yang kita rasakan betul di hati kita. Sama ada kita lakukan ataupun tidak,kita tetap akan dikritik."

"Semakin kita cuba menenangkan memuaskan hati semua orang,semata-mata hendak mengelakkan diri daripada dikritik,ia hanya menambahkan musuh."

"Apabila kamu berada lebih tinggi daripada orang lain,kamu pasti menjadi mangsa kritikan. Jadi cuba biasakan diri dengannya."

"Daripada menunggu pihak musuh mengkritik diri atau kerja kita,eloklah kita yang mengkritik diri kita sendiri terlebih dahulu."

"Cari dan perbaiki kelemahan kita sebelum musuh-musuh kita mendapat peluang itu."

"Pendapat yang berikan oleh pihak musuh tentang kita adalah lebih hampir tepat berbanding pendapat yang kita berikan sendiri."

"Kita semua memang cenderung membenci kritikan dan menyukai pujian. Malangnya,kita tidak tahu sama ada kritikan ataupun pujian yang kita terima itu ikhlas atau tidak."

"Sekiranya kita mendapat tahu ada orang berkata sesuatu yang kurang enak tentang kita,usahlah kita mempertahankan diri. Hanya mereka yang dungu sahaja akan berbuat demikian. Lebih baik kita berlagak seperti biasa,merendah diri dan bertindak bijak."

"Kritiklah saya secara jujur. Usah berselindung apa-apa."

"Usahlah terlalu memikirkan tentang kelemahan orang lain."

"Betapa lemah dan malangnya kita sekiranya membimbangkan hal-hal yang belum berlaku,yang berada di luar kawalan kita dan yang tidak (?)"

"Sekiranya semalam saya mampu bertahan,mengapa tidak hari ini? Saya tidak akan sekali-kali membenarkan diri saya memikirkan tentang apa yang mungkin berlaku keesokan hari."

"Usah dikenang perkara yang sudah lepas. Relakan saja hal yang tidak dapat dielakkan."

"Apabila kita sudah jatuh tersungkur hingga ke dasar dan tidak dapat turun lebih rendah lagi daripada itu,kita perlu mencuba untuk naik semula ke atas."